Selamat datang ke Sistem Pengurusan Digital Khairat Kematian - Digital Khairat yang dikendalikan oleh Syarikat Khairat Digital Services. Sebelum anda meneruskan penggunaan laman web ini, sila ambil perhatian terhadap terma dan syarat penggunaan yang tertera di bawah. Penggunaan laman web ini akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap terma dan syarat yang tertera di sini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, sila berhenti menggunakan laman web ini.
Apabila anda menggunakan laman web ini, kami akan mengumpulkan maklumat peribadi anda seperti no kad pengenalan, nama penuh, alamat tempat tinggal, no telefon, alamat e-mel, maklumat Lengkap tanggungan seperti isteri, suami, anak, ibubapa, dan maklumat lain yang anda berikan secara sukarela untuk mendaftar sebagai keahlian Khairat sesuatu organisasi dan institusi yang anda pilih sendiri. Kami tidak akan menggunakan maklumat tetapi akan menyerahkan maklumat ini kepada institusi yang akan menguruskan data peribada anda dan kami juga tidak akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga tanpa kebenaran anda dan institusi.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang di masukkan adalah tepat dan berkualiti. Digital Khairat tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap, atau tidak terkini.
Digital Khairat tidak memberi jaminan mengenai ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian maklumat data anda yang ada berikan kepada Digital Khairat untuk kegunaan institusi. Penggunaan anda terhadap maklumat di laman web ini adalah atas risiko anda sendiri.
Seluruh kandungan di laman web ini adalah hak milik Digital Khairat dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta yang berkenaan. Sebarang penggunaan tanpa kebenaran bertulis daripada Digital Khairat adalah dilarang.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang tidak dikendalikan oleh Digital Khairat. Digital Khairat tidak bertanggungjawab atas kandungan atau privasi laman web tersebut.
Digital Khairat berhak untuk mengemas kini atau mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sila rujuk semula halaman ini secara berkala untuk maklumat terkini.
Dengan menggunakan sistem Digital Khairat, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang tertera di sini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan data atau terma lain, sila hubungi kami di [email protected].
© 2024 Khairat Digital Services. All Rights Reserved.